-->

^ _ ^

Saturday, 13 October 2012

Good Bye......

 
Hai, semua..  khamis minggu depan Ija pergi I-City.. tak sabarnyer..  nanti kawan ija belanje, bile fikir-fikir balek,hari lahir Nawirah dah nak dekat nanti, ija nak beli hadiah nawirah..  tak sabar nye .. 
Lepas tu, nanti cuti Raya Haji pulak pas tu ija kene duduk rumah mak lang untuk seminggu.. kene urut.. so, ija kene ucapkan selamat tinggal & good bye kat korang,.. haha tak tahu lah lepas ni ija boleh buka komputer lagi ke tak..  
Tapi tak ape, ija boleh lepak dengan Nawirah..  Nawirah pon ade beli novel baru... tak sabarnyer nak bace ..
 
  
 

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."



Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.



Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku..
 
until this I end this post..  assalamuaalaikum...  bye-bye...:)

5A UPSR DAN MUMTAZ PSRA!

Jari-Jemari Eija time 01:29
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

My photo
Eija
Assalamualaikum! Nama saya Nurul Izzah, just call me Eija, I'm 12!.. lives at Kajang, Selangor.
View my complete profile

My Religion

My Religion
Islam itu indah.

My idol

My idol
Rasulullah S.A.W

My Life Guide

My Life Guide
Al Quran

Blog Archive

  • ►  2013 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ▼  2012 (16)
    • ►  December (1)
    • ▼  October (3)
      • Places.. ^_^
      • Good Bye......
      • WHY??
    • ►  September (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (1)
    • ►  December (1)

Followers

[close]
Light Blue Pointer
Theme images by kellykellykelly. Powered by Blogger.